fbpx

Translate to English

Latar Belakang

Syarkat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd (932753-X) telah diasaskan oleh Ustaz Munif bin Ahmad merangkap Pengarah Syarikat bersama rakan kongsinya Encik Abdul Malek bin Manap yang bertindak sebagai Pengarah Urusan bagi syarikat ini. Syarikat ini mula beroperasi pada awal bulan Januari 2010 dan berkembang sehingga ke hari ini.

Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd 

Syarikat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd (932753-X) diambil sempena nama salah seorang pengasas iaitu Munif bin Ahmad; dimana beliau juga salah seorang penyanyi nasyid utama Kumpulan Hijjaz.

Visi Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd 

Munif Hijjaz Marketing Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemasaran produk makanan dan minuman dalam kategori FMCG. Syarikat ini menawarkan produk kepada pengguna dan pemborong melalui saluran perdagangan moden (modern trade) serta perdagangan am (general trade). Selain itu, syarikat ini juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa melalui aktiviti eksport produk.

Produk-produk yang ditawarkan dikategorikan sebagai produk yang mengandungi bahan aktif (active ingredient), dengan menekankan kelebihan seperti tanpa gula tambahan, rendah kandungan gula serta inovasi kopi berperisa. Selain dipasarkan di pasar raya, produk Munif Hijjaz juga boleh didapati melalui platform dalam talian dan e-dagang.


SENARAI PASARAYA DI MALAYSIA YANG MENAWARKAN PRODUK-PRODUK MUNIF HIJJAZ

Senarai Pasaraya & Kedai di Malaysia


Beli sekarang dengan Harga Ahli (Semenanjung)


Beli sekarang dengan Harga Ahli (Sabah / Sarawak)

Print