Produk Makanan - SNTB

Sambal Nanas Terlebih Bilis

Sambal Nanas Terlebih Bilis adalah gabungan sempurna nanas dan ikan bilis segar dari laut. Ia memberikan rasa dan aroma yang menyelerakan walaupun sekadar dimakan bersama nasi putih atau roti kosong sahaja. Tekstur ikan bilis yang digoreng sehingga garing dan rangup di dalam sambal nanas ini akan sentiasa meningkatkan selera makan anda di mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Munif Hijjaz Sambal Nanas Terlebih Bilis terdiri daripada dua jenis sambal iaitu Sambal jenis Basah (200 g) dan Sambal jenis Kering (150 g)

 

Fakta Pemakanan

Saiz hidangan/serving size : 20 g

  Setiap / Each (100 g) Setiap hidangan / Serving size (20 g)
Tenaga 289 kcal 57.8 kcal
Karbohidrat 62.9 g 12.58 g
Lemak 3.2 g 0.64 g
Protein 2.1 g 0.42 g

 

Sambal Nanas Terlebih Bilis | Jenis Basah

Sambal Nanas Terlebih Bilis (jenis Basah) direka khusus untuk penggemar rasa sambal pedas manis yang enak. Aroma mengiurkan daripada kemanisan nanas yang menyerap ke dalam ikan bilis segar yang telah digoreng garing dan ranggup untuk menaikkan selera makan anda, terutamanya apabila disajikan bersama nasi putih panas. Ia amat sesuai dihidangkan untuk semua peringkat umur.

Ramuan

Minyak masak, ikan bilis, nanas, gula, garam, cili kering, asam jawa, bawang dan  cili api.

Sambal Nanas Terlebih Bilis (Jenis Basah)

Sambal Nanas Terlebih Bilis (Jenis Basah)

Semenanjung Malaysia (sm)Sabah & Sarawak (ss)
Harga PasaranRM18.00RM20.00

Harga ditunjukkan berdasarkan 1 unit botol (200 g / botol).

Untuk sebarang pertanyaan dan belian Sambal Nanas Terlebih Bilis, anda boleh klik ikon di atas dan anda akan disambungkan terus ke pihak Munif Hijjaz Marketing Sdn bhd.


Sambal Nanas Terlebih Bilis | Jenis Kering

Sambal Nanas Terlebih Bilis (jenis kering) pula adalah ramuan sambal nanas istimewa yang dikhususkan untuk penggemar rasa sambal asli. Rasa sensasi kepedasan cili yang lazat, nanas yang manis dan ikan bilis yang ranggup pasti membuatkan anda tidak boleh berhenti makan. Tambahan lagi dengan kemanisan sambal nanas yang ditumis sehingga kering bersama ikan bilis yang telah digoreng garing dan ranggup menghasilkan rasa yang mesra di setiap kunyahan anda. Ia sesuai disajikan kepada penggemar masakan pedas pada bila-bila masa sahaja.

Ramuan 

Minyak masak, ikan bilis, bawang, nanas, gula, garam dan serbuk cili. 

Sambal Nanas Terlebih Bilis (Jenis Kering)

Sambal Nanas Terlebih Bilis (Jenis Kering)

Semenanjung Malaysia (sm)Sabah & Sarawak (ss)
Harga PasaranRM16.00RM18.00

Harga ditunjukkan berdasarkan 1 unit botol (150 g / botol).

Untuk sebarang pertanyaan dan belian Sambal Nanas Terlebih Bilis, anda boleh klik ikon di atas dan anda akan disambungkan terus ke pihak Munif Hijjaz Marketing Sdn bhd.